CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, February 27, 2010

Merisik

Kenapa aku mahu bercerita pasal merisik? Satu kisah, pertama kali aku ikut acara merisik ini, semalam (27/02/10) bagi merisik kekasih hati abang sulungku. Meskipun aku sekadar mendengar dari jauh, ( orang yang belum cukup dewasa, x masuk campur), aku dapat menangkap butir bicara apa yang diperkatakan. Agak menarik, banyak perkara yang di bincangkan, antaranya, sesi memperkenalkan diri, ibu dah ayah kepada keluarga perempuan, berapa jumlah hantaran yang nak diberi, bila tarikh rombongan meminang akan datang dan macam2 lagi lah..


Apa sebenarnye merisik ni? Menurut adab dan adat merisik (merisik termasuk dalam adab utk meminang), merisik bertujuan bagi mengetahui sama ada yang perempuan yang ingin di pinang telah berpunya atau belum dan menyatakan hasrat untuk melamar. Biasanya amalan merisik dilakukan oleh pihak lelaki, tapi merisik juga boleh dilakukan oleh kaum wanita apabila dia berkenan dengan mana2 lelaki, tetapi hendaklak dia menghantar wakil untuk dirinya.

Perkara yang dibincangkan dalam merisik:
1) pengenalan keluarga lelaki dan perempuan
2) pengenalan anak lelaki dan perempuan
3) penyataan hasrat merisik
4) persefahaman antara dua pihak
5) menerima dan menolak hasrat

Merisik, perlukah lagi pada zaman ini? Aku selalu tertanya-tanya tentang perkara ni, perlukah lagi pada zaman teknologi bila manusia, lelaki dan perempuan bertebaran bebas di atas muka bumi, bebas berkawan, dan ada yang berpasangan dan bercinta?

Aku ambil contoh yang tedekat, kes ibu ayahku merisik untuk abang. Abang dan si gadis telah lama bercinta, agak lama hampir 3 tahun berkawan, dan kini, telah megambil kata putus untuk berkahwin. Sebelum ini, mereka sering berjumpa, dan abang sudah agak mesra dengan keluarga si gadis. Dan kini, ibu dan ayah menjalankan tanggungjawab untuk merisik si gadis. Disebabkan hanya abang yang tahu rumah si gadis, abang ikut serta ke majlis merisik. (berbeza debgan zaman dulu, merisik hanya melalui wakil sahaja, pihak lekaki kadang kala tidak kenal dengan bakal isterinya jika uang dirisik adalah 100% pilihan keluarga).

Biasanya perbincangan mengenai urusan seterusnya, dilakukan oleh ibu dan ayah, tapi zaman sekarang, abang dan si gadis telah terlebih dahulu berbincang mengenai apa yang akan di lakukan, termasuklah jumlah hantaran untuk majlis pertunangan nanti. Terlintas sejenak di fikiran aku, kalau abang dan si gadis dah berbincang tentang perbelanjaan, apa lagi yang ingin di bincangkan dalam proses merisik, kenapa tak diteruskan dengan majlis meminang je. Kan lebih mudah dan menjimatkan. Aku terfikr balik mengenai tujuan sebenar perkahwinan, bukankan untuk menyatukan dua hati, mengelakkan maksiat, kenapa perlu dirumitkan dengan macam2 proses kalu boleh diringkaskan.

Ape2 pun, banyak perkara yang aku belajar hari ni. dan banyak yang mampu aku fikirkan untuk kembangkan otak aku.

0 comments: