CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, March 27, 2010

bahagiamu bukan aku...

dalam hati ini,
ada cintaku padamu,
x pernah berubah,
meski sekelumit cuma.

dalam jiwa ini,
nafasku dari kata cinta mu,
hilang dirimu dariku,
terhenti nafasku.

tapi meski ku perlu kata cintamu..
ku mahu yang hadir ikhlas dari hati..
meski ku mahu kau di sisiku..
ku mahu jasad dan jiwamu bersama..
jangan hadir padaku..
jika hanya salah satu yang kau berikan..

mungkin padamu..
cukup sekadar kau di sisi..
menemani saat aku memerlukan..
tapi padaku..
tanpa jiwa dan rasa hatimu..
tiada bermakna..

bahagiamu bahagiaku..
pernah aku katakan padamu..
jika aku x mampu lagi membahagiakan mu..
meski sakit hati ini..
kan ku lepaskan kau pergi..
demi bahagiamu..

andai benar aku bukan lagi bahagiamu..
tinggalkan aku sendiri..
akan ku rawat sendiri rasa di hati..
dan kau..pergilah padanya yang mampu membahagiakan mu..
yang pasti dia..
bukan aku....

Sunday, March 21, 2010

cintaku

Kadang kala aku terfikir, tanpa aku disisi, kau akan bagaimana. Tenangkah, bahagiakah, atau merindui aku. Aku mahu sentiasa disampingmu. Menbantumu tika kamu mahu berdiri, menyokongmu tika kamu mahu rebah. Menghapus air mata tika airmatamu ingin menitis ke pipi. Tapi aku tahu, aku bukan sesiapa pada dirimu. Sekadar peneman di kala kamu sunyi. Sekadar teman bicara tika kamu keliru.

Tapi aku masih tetap begini. Cintaku dari dulu, cinta yang x seharusnya memiliki. Meski kadang kala, hati meronta mahu menakluki hatimu, seperti kau menakluk hati ini. Tapi masih, prinsipku masih begitu, bahagiamu bahagiaku. Meski kadang kala sakit hati bagai terhiris melihat kau dan dia. Aku tetap akan begini dan terus begini.

Aku bahagia bila kau tersenyum. Walau kadangkala, aku rasakakn senyumanku pahit sekali. Aku paksa diriku mengukir senyuman paling manis buatmu. Pahit yang kurasa, ku telan dalam-dalam di hati. Kusemadikan dalam lubuk hati yang x mungkin akan aku mampu kau selami. Moga bahagiamu itu kekal abadi.

Ku pernah mencintainya, dan cintaku padanya jugasama seperti cintaku pada mu. Cintaku x seharusnya memilikimu. Cukup sekadar, bahagiamu menemaniku dari jauh..

Friday, March 19, 2010

kisah apakah ini..

rindu..
jelmaan tak berwajah..
menghantui diri..

sepi..
itu yang kurasakan kini..
ada dia disisi..
tapi seakan aku kabur di pandangan matanya..

cinta..
cintakah ini..
bila jiwa rasa kosong tanpanya..
bila masa tidak berlalu tanpanya..
bila tiada apa yang indah terjadi tanpanya...

dan aku..
sepi dalam rindu..
rindu dalam cinta..
tetap masih disini..
menanti pengakhiran sebuah kisah...